Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

January 02, 2011

Pam Petrol Dicabut Peancuri

GUA MUSANG: Orang ramai yang ingin mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Rancangan Tanah FELDA Aring Satu, dekat sini, pagi ini terkejut apabila melihat pam di stesen terbabit tercabut dan ditinggalkan. 

Pam berkenaan dipercayai dicabut sekumpulan pencuri tetapi gagal membawanya kerana bimbang untuk memotong kabel elektrik yang tersangkut di pam berkenaan.
Pengurus Kedai D`Mart FELDA Trading Sdn Bhd, Suraidi Yusoff, berkata beliau menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang peneroka yang ingin mengisi minyak motosikalnya pada kira-kira 7 pagi ini.
"Saya bergegas ke tempat itu dan melihat pam minyak tumbang selepas pencuri membuka skru, tetapi gagal membawa lari dipercayai takut kabel elektrik meletup," katanya. 

Suraidi berkata, pam minyak itu milik seorang peneroka di Rancangan Tanah FELDA Chiku Lima itu dan beliau hanya menjaganya sahaja kerana terletak berhadapan kedai D'Mart. 

Katanya, beliau terus menghubungi pemilik stesen minyak itu dan membuat laporan di Balai Polis Paloh. 

"Inilah kali pertama saya lihat keberanian pencuri melakukan kegiatan itu di stesen minyak, tetapi nasib baik mereka tidak potong kabel elektrik jika tidak mungkin meletup," katanya. - BERNAMA


sumber : berita harian

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!