Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

January 11, 2011

Blackberry





KUALA LUMPUR: Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan telefon mudah alih pintar Blackberry setakat ini kerana ia tidak menimbulkan masalah kepada keselamatan negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranya ada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.
“Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru, tidak wajar bagi kami membuat keputusan yang tergesa gesa,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di sini, semalam. 

Beliau mengulas laporan bahawa Kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan penggunaan Blackberry di negara itu sekiranya aplikasi pornografi dan arahan untuk mewujudkan pelayan (server) di negara berkenaan tidak dipatuhi dalam tempoh dua minggu. 

Rais berkata, kajian sudah dibuat sebelum ini oleh SKMM dan mendapati bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India sebelum ini. 

Negara-negara itu mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry kerana dikatakan mengancam keselamatan negara mereka. 
Semua telefon mudah alih menggunakan ‘local provider’ tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai pelayan sendiri di negara ia dicipta iaitu Kanada. 

Ditanya sama ada Malaysia akan meminta syarikat telekomunikasi berkenaan mewujudkan pelayan di negara ini, Rais berkata, ia soal komersial dan harus ditimbangkan dalam konteks sama ada syarikat berkenaan menyalahi mana-mana peruntukan mengikut Akta Komunikasi. 

"Setakat ini saya tidak dimaklumkan mengenai perlanggaran itu jadi tak wajar bagi kami mengatakan secara khusus apakah tindakan perlu diambil sedangkan laporan pun tidak ada," katanya. – BERNAMA 


sumber berita harian

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!