Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

September 28, 2011

9/28 Berita Harian: Mutakhir

     
    Berita Harian: Mutakhir    
   
Keluarga Ahmad Sarbaini enggan ulas keputusan koroner
September 26, 2011 at 7:07 AM
 
KUALA LUMPUR: Keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed enggan memberi komen berhubung keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 6 April lalu, disebabkan "nahas".
   
   
Suami mangsa lif terhempas buat laporan polis
September 26, 2011 at 7:03 AM
 
KUALA LUMPUR: Suami wanita hamil tujuh bulan yang patah kaki kanannya selepas terbabit dalam kejadian lif terhempas di Pusat Beli-belah Selayang Mall dekat sini membuat laporan polis malam tadi.
   
   
DAP ibarat budak kecil takut hantu: Nik Aziz
September 26, 2011 at 6:59 AM
 
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.
   
   
KWSP harap kerajaan lanjut usia persaraan sektor swasta
September 26, 2011 at 6:56 AM
 
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang ini.
   
   
Jangan kompromi prinsip Islam, Melayu: Raja Nazrin
September 26, 2011 at 6:53 AM
 
KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, hari ini bertitah prinsip asas terutamanya yang menyentuh Islam dan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara tidak boleh dikompromi sama sekali.
   
   
Timbalan pendakwa raya diacu pistol
September 26, 2011 at 6:33 AM
 
KUALA TERENGGANU: Seorang Timbalan Pendakwa Raya diacu dengan pistol ketika berhenti di lampu isyarat Jalan Sultan Ismail di sini semalam.
   
   
Muhyiddin tiba di Paris untuk mesyuarat UNESCO
September 26, 2011 at 6:05 AM
 
PARIS: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di sini Isnin untuk menghadiri sesi ke-187 mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) yang bermula esok.
   
   
Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan membebaskan lima lelaki
September 26, 2011 at 5:33 AM
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan lima lelaki membela diri atas tuduhan membunuh selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Baharu yang melepas dan membebaskan mereka.
   
   
Indonesia mungkin guna kepakaran syarikat IT Malaysia
September 26, 2011 at 5:30 AM
 
KUALA LUMPUR: Tuan rumah Sukan SEA ke-26, Indonesia akan menggunakan kepakaran syarikat teknologi maklumat (IT) Malaysia sebagai pentadbir IT sepanjang berlangsungnya temasya dwitahunan itu November ini.
   
   
Konvoi polis Pahang jelajah dekati masyarakat
September 26, 2011 at 5:07 AM
 
KUANTAN: Seramai 50 anggota polis akan menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi sempena Program Permuafakatan Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang (IPK) bermula 3 hingga 7 Oktober ini.
   
   
Lelaki Bangladesh dituduh cabul pelajar kolej
September 26, 2011 at 4:58 AM
 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencabul seorang pelajar wanita kolej swasta, enam hari lalu.
   
   
Kanak-kanak 5 tahun maut disengat tebuan
September 26, 2011 at 4:55 AM
 
BESUT: Seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal bersama ibu dan adiknya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini pada 1 petang semalam.
   
   
Najib lawat Lebuh Ampang sempena sambutan Deepavali
September 26, 2011 at 4:54 AM
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan ke Lebuh Ampang dan kawasan sekitarnya di sini pada 22 Oktober sempena sambutan Deepavali, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M.Saravanan.
   
   
Kastam guna sistem RFID, tingkatkan pengendalian kontena
September 26, 2011 at 4:49 AM
 
GEORGETOWN: Dalam usaha untuk meningkatkan sistem pengendalian kontena secara berkesan di tujuh lokasi pemeriksaan di seluruh negara, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan melaksanakan Sistem Keselamatan dan Fasilitasi Perdagangan menggunakan sistem Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) mulai 1 Oktober ini.
   
   
Safee akhiri latihan di Cardiff City
September 26, 2011 at 4:38 AM
 
CARDIFF CITY: Penyerang kebangsaan, Safee Sali akan pulang ke Malaysia esok selepas menjalani latihan dua minggu dengan kelab bola sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus Malky Mackay.
   
   
Majlis Agama Islam perlu laksana transformasi, tingkatkan kecemerlangan: Agong
September 26, 2011 at 4:21 AM
 
KUALA LUMPUR: Semua Majlis Agama Islam perlu melaksanakan fasa transformasi secara holistik, komprehensif dan bersepadu bagi meneruskan kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatannya, titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
   
   
Kematian Ahmad Sarbaini akibat terjatuh: Koroner
September 26, 2011 at 3:37 AM
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, 56, disebabkan nahas kerana terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak disengajakan.
   
   
Seorang pelajar IPTA dituduh membunuh
September 26, 2011 at 3:12 AM
 
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar IPTA di Seri Iskandar, Perak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini atas tuduhan membunuh seorang pelajar wanita dari Maahad Tahfiz di Selayang, awal bulan ini.
   
   
Filipina batalkan semua perjalanan udara, laut akibat Taufan Nesat
September 26, 2011 at 2:47 AM
 
MANILA: Kerajaan Filipina membatalkan semua perjalanan udara dan bot nelayan di tengah wilayah negara berkenaan hari ini apabila Taufan Nesat bergerak semakin hampir manakala amaran awal sudah dikeluarkan hampir ke semua wilayah Pulau Luzon.
   
     
 
This email was sent to ube.semasa@gmail.com.
Delivered by Feed My Inbox
PO Box 682532 Franklin, TN 37068
Create Account
Unsubscribe Here Feed My Inbox
 
     
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!