Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

December 31, 2010

Pecah Panggun

TAHUN 2010 menyaksikan senario filem-filem karya anak tempatan mendapat tempat di hati peminat dan memungut kutipan sehingga berjuta-juta ringgit.
Perkembangan tersebut sekali gus membuktikan filem tempatan semakin mendapat kepercayaan penonton untuk melaburkan duit mereka. Sebanyak 29 buah filem yang ditayangkan sepanjang tahun 2010 berbanding 27 buah filem pada tahun lepas.
Perbezaan ketara dapat dilihat daripada jumlah kutipan kasar kutipan tiket antara tahun 2009 dan 2010. Hanya tiga buah filem yang melepasi angka RM4 juta kutipan tiketnya tahun lalu iaitu Bohsia.....Jangan Pilih Jalan Hitam (RM4.14 juta), Jangan Pandang Belakang Congkak (RM6.09 juta) dan Geng Pengembaraan Bermula (RM6.20 juta).
Berbeza dengan tahun 2010, sebanyak enam buah filem berjaya melepasi kutipan RM4 juta iaituJangan Pandang Belakang Congkak 2 (RM4.23 juta), Lagenda Budak Setan (RM4.28 juta), Evolusi KL Drift 2 (RM5.67 juta) , Adnan Sempit (RM7.66 juta) dan filem yang berjaya memecah rekod kutipan paling tinggi filem tempatan setakat ini adalah filem Ngangkung terbitan MIG Productions Sdn. Bhd. arahan Ismail Bob Hasim yang mengutip RM8.15 juta.
Sebuah lagi filem yang mencapai kutipan tertinggi adalah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid dan terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd yang setakat hari ini telah mengutip RM6 juta sejak ditayangkan pada 9 Disember lalu.

sumber kosmo

December 30, 2010

Penutup Tahun Sein

PENUTUP tahun 2010 dilengkapkan dengan berita perceraian penyanyi dan pelakon Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, 27, yang dikira mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini tiada sebarang petanda mengenai keretakan hubungan mereka.
Baik Sein mahu pun Nana, 26, kedua-duanya mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka setelah hidup bersama selama empat tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy yang berusia setahun.
Sein yang ditemui selepas majlis Anugerah Skrin 2010 berakhir seperti sudah dapat menghidu soalan yang ingin diajukan kepadanya dan dengan terbuka meminta wartawan bertanya apa sahaja persoalan yang bermain di kepala.
Meskipun enggan membuka mulut tentang punca perceraian, Sein menjelaskan tiada lagi persefahaman antara mereka merupakan salah faktor perpisahan.
"Kami tidak dapat cari persefahaman, lebih baik berpisah. Tentang berapa lama hubungan kami bermasalah biarlah saya simpan. Itu sahaja yang boleh saya kongsi," ujar bekas anggota kumpulan Ruffedge itu minta difahami.
Disoal lagi mungkinkah wujud orang ketiga dalam hubungan mereka atau mungkin mereka juga mangsa badi program Sehati Berdansa memandangkan mereka merupakan pasangan ketujuh yang berpisah daripada program tersebut, Sein menjawab tenang:
"Jika wujud orang ketiga tidak mungkin kami akan berpisah dengan cara baik. Itu hanyalah gosip sahaja. Mengenai badi program Sehati Berdansa, perkara ini semua berlaku secara kebetulan.

sumber kosmo

Ada lagi ka alasan???

APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara?
Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri.
Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang.
Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan.
Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri.
Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu.
Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan.
Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tuli- san berbentuk sindiran.
Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri - adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu?
Adakah pemain mereka dibawa menggunakan kereta perisai untuk datang ke stadium?
Kalau saya seorang warganegara Indonesia, saya akan berasa malu melihat sikap seperti itu.
Ia membuktikan betapa biadapnya sikap kita terhadap tetamu yang tidak bersalah.
Bila kalah, pelbagai alasan dilemparkan. Penyokong Malaysia dituduh mengguna laser yang mereka dakwa mengganggu penjaga gol, Markus Harison.
Nak menuduh biarlah berasas. Sedarlah bahawa dalam sukan, yang terbaik pasti menang dan sinaran laser bukan punca.
Untuk pengetahuan penyokong Indonesia - Malaysia memang hebat dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
Walaupun tewas 1-2 pada final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi tetapi Malaysia tetap bergelar juara dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-0 pada final pertama, Ahad lalu.
Kelebihan jaringan di tempat lawan juga memihak kepada Malaysia selepas Mohd. Safee Mohd. Sali berjaya menggegar gawang Indonesia pada separuh masa kedua untuk mendahului 1-0 sebelum lawan mereka bangkit menjaringkan dua gol.
Adakah penjaga gol Indonesia, Markus diganggu sinaran laser dengan jaringan Mohd. Safee itu?
Markus memang bijak berlakon. Lakonan yang telah memusnahkan harapan pasukan mereka.
Jika dia tidak berlakon pada final pertama di Bukit Jalil, Ahad lalu, saya yakin keadaan akan berbeza.
Gara-gara kerenah Markus itu, rentak permainan mereka tempang dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menghasilkan tiga gol.
Pada aksi kedua semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat turut diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia tetapi dia tetap berjaya menyelamat sepakan penalti yang diperoleh Indonesia pada separuh masa pertama.
Apa pun, kejohanan sudah berakhir dan Malaysia sudah sah bergelar juara, sekali gus mengakhiri penantian selama 14 tahun.
Tahniah kepada Indonesia kerana mencatat kemenangan pada final kedua ini tetapi sayang ia tidak cukup bagi membolehkan mereka bergelar juara.
Bila dah 'sayur', memang 'sayur' dan memang betul pun apa yang diperkatakan oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim kelmarin sebelum berlangsungnya final di Geloran Bung Karno itu.
Peringatan kepada skuad kendalian K. Rajagobal ini - jangan mudah berasa selesa dan terus berusaha meningkatkan reputasi pasukan.
Saya anggap kemenangan pada Piala Suzuki AFF ini serta kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos lalu sebagai petanda kebangkitan bola sepak negara.
Tahniah Malaysia!

sumber : kosmo

December 29, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010





JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun kalah 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.
Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.



Team Stats :

Ayuh Harimau Malaya



JAKARTA - Ujian pertama sudah lulus.Kini, lupakan seketika kemenangan lalu. Buat para pemain negara, mereka tidak perlu hanyut dibuai kejayaan manis menang 3-0 pada pertemuan pertama minggu lalu kerana laluan berduri yang akan menguji ketahanan mental dan fizikal akan menanti di bumi Jakarta, hari ini.

Memang laluan yang akan dihadapi oleh pemain negara kita cukup perit pada malam ini. Bukan kerana tekanan berhadapan 80,000 penyokong merah putih, malahan sikap provokasi yang dipamerkan oleh media dan rakyat Indonesia di sini jelas sanggup melakukan apa sahaja asalkan konsentrasi dan fokus pemain terjejas.

Sejak hari pertama tewas, isu penggunaan laser terus menjadi bahan ungkitan terutamanya pihak media, malahan ketika hari terakhir persiapan antara kedua-dua pasukan.

Isu remeh ini terus dipanaskan sehingga tahap mendidih seolah-olah Malaysia mendapatkan kemenangan di Kuala Lumpur dengan cara tidak bermaruah.

Biarkan kem Indonesia terus memilih pendekatan sebegitu kerana sebenarnya mereka jelas amat mencemburui skuad Harimau Malaya yang kini berpeluang menjulang trofi AFF buat kali pertama.

Atas kertas, keyakinan Malaysia cukup tinggi walaupun kita akan kehilangan khidmat Mahalli Jasuli dan Mohd. Amirulhadi Zainal. Namun kekuatan keseluruhan skuad ini tidak sedikit pun akan terjejas.

Ashari Samsudin dan Mohd. Sabre Mat Abu yang dijangka menjadi taruhan mampu menggalas kekosongan yang ditinggalkan dan Malaysia tidak perlu berasa tertekan berbanding Indonesia.

Jurulatih skuad negara, K. Rajagobal mungkin akan memilih bermain secara bertahan sepanjang 90 minit di Gelora Bung Karno di samping cuba melancarkan serangan balas jika berpeluang.

Skuad negara tidak perlu bermain cantik dan apa paling penting adalah efisien daripada segi keputusan.
Keputusan di Hanoi, kita telah membuktikannya.

Apa yang penting, para pejuang negara wajib tidak melepaskan gol awal pada Indonesia di 15 minit pertama permainan. Sekiranya kita meraih gol awal, Malaysia boleh dikatakan hampir pasti akan pulang ke Kuala Lumpur selaku juara Piala AFF.

Di pihak Indonesia, walaupun keyakinan di kalangan peminatnya masih tinggi dan optimis bahawa skuad kesayangan mereka itu akan muncul juara dan Malaysia bakal diganyang di kandang tuan rumah, ketiadaan Oktovianus Maniani mungkin menjejaskan rentak mereka.

Semua pemain Indonesia jelas berada dalam tekanan berbanding kem Malaysia kerana harapan yang diletakkan oleh para peminatnya begitu tinggi dan ekstrem. Situasi itu perlu diambil oleh pemain negara kerana kemungkinan kesilapan bakal dilakukan oleh pemain Indonesia.

Buat Safiq Rahim dan rakan-rakan, ayuh ulangi persembahan menakjubkan di Kuala Lumpur pada pukul 8 malam ini dan benamkan ego Indonesia. Malaysia Boleh! 

sumber- UTUSAN

Tiramisu Piere Andre



Tiramisu mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Barisan Pelakon : Pierre Andre, Sharifah Amani, Noni AF, Zain Ruffegde, Tania Hudson, Sheila Mambo dan yang paling menarik sekali adalah adik Mia Sara Nasuha

Banteras Punk Rock Emo




YEREVAN, Armenia 28 Dis. - Tindakan beberapa pegawai polis yang memasuki rumah seorang remaja berusia 13 tahun, Marsha dan menggeledah bilik serta memeriksa komputernya bukanlah kerana dia terlibat dalam jenayah berat.
Kesalahan yang dilakukannya hanyalah kerana dia menjadi pengikut setia sebuah kumpulan punk rock dikenali sebagai 'emo' yang mula menjadi budaya baru di kalangan remaja di bekas negara Kesatuan Soviet ini.

"Ia merupakan satu pengalaman yang amat menakutkan," kata Marsha yang merupakan pelajar sekolah di ibu negara Armenia ketika menceritakan tentang pengalamannya disiasat polis.
Polis di Yerevan sedang melancarkan kempen menentang komuniti emo selepas dua kejadian bunuh diri yang dipercayai melibatkan ahli kumpulan berkenaan.

Mereka mendakwa kumpulan itu merupakan ancaman kepada masa depan generasi muda di negara ini.
Sejak itu, polis telah melakukan pemeriksaan di sekolah-sekolah, menyiasat pelajar yang dipercayai pengikut kumpulan emo berdasarkan pakaian mereka serta memasang kamera litar tertutup di kawasan yang menjadi tempat generasi muda berkumpul.

Berpuluh-puluh pengikut emo turut ditahan pihak berkuasa walaupun ada pihak mendakwa undang-undang di negara ini tidak membenarkan polis bertindak menentang genre muzik itu dan pengikutnya.

Dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, Ketua Polis Armenia, Alik Sarkisian berkata, budaya emo boleh 'menghapuskan generasi akan datang' sekali gus merupakan ancaman kepada negara ini.

"Kita perlu menentang budaya ini kerana ia merupakan fenomena yang merosakkan moral remaja di negara ini," katanya.

Emo yang diambil daripada singkatan perkataan 'emosional' itu merupakan sebahagian daripada genre muzik punk rock dan mula dikenali di Amerika Syarikat (AS), sebelum ia menjadi popular di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP

sumber: utusan

USM cipta Pesawat Ringan

GEORGETOWN, 29 Dis. - Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) di sini telah mencipta pesawat ringan tanpa pemandu (UAV) untuk kegunaan industri pertanian dan penyelidikan, demikian diumumkan oleh Pengarah Pusat Rekabentuk Mikroelektrik Negara (CEDEC), Dr. Othman Sidek.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Dr. Othman berkata, “Pesawat itu memiliki reka bentuk khas untuk membantu dalam tugas pemantauan di tempat berbahaya seperti kawasan gempa bumi, kawasan banjir dan tsunami selain untuk kegunaan dalam industri pertanian”.

Beliau berkata, UAV yang digunakan oleh pusat-pusat penyelidikan di negara ini sekarang adalah diimport.
Katanya, pesawat ciptaan tempatan itu dikenali sebagai UAV Greeentech 2010 boleh terbang setinggi 300 meter pada kelajuan 55 km/j, mampu bertahan di udara selama 60 minit, dan tidak menggunakan petrol sebagai bahan bakar.
Ia tidak memerlukan kawasan luas untuk dikendalikan dan dengan berat 5kg, ia boleh dilancar dengan tangan.
Beliau berkata, pasukan penyelidik yang diketuai oleh Endri Rachman mengambil masa tiga tahun untuk mencipta UAV berkenaan dengan kos penyelidikan RM200,000. - Bernama

sumber: utusan

Gelora Bung Karno



JAKARTA 29 Dis. - Hampir 100,000 rakyat Indonesia membanjiri Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini seawal pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) untuk memberi sokongan pada skuad Garuda.

Biarpun perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara skuad tuan rumah dan Malaysia hanya akan bermula pukul 7 malam (8 malam waktu Malaysia) namun suasana di sini sehingga pukul 2.30 petang cukup meriah dengan kehadiran segenap lapisan usia peminat fanatik bola sepak negara ini.

Dijangkakan seramai 200,000 warga bandar raya ini akan hadir menjelang pukul 7 malam ini untuk memberi sokongan pada perlawanan yang akan menyaksikan pasukan mana yang akan membawa pulang trofi juara Piala Suzuki AFF musim ini.

Di perkarangan stadium yang boleh memuatkan kapasiti 80,000 penonton ini, warna merah dan putih (warna jersi pasukan Indonesia) melatari suasana selain hiruk pikuk beratus penjaja yang mengambil kesempatan mencari duit lebih.

Seperti yang dilaporkan, kerajaan negara ini turut mengerahkan 9,000 anggota polis untuk mengawal keadaan dan keselamatan para peminat bola sepak.

sumber - Utusan

Gigi Berusia 400,000 tahun

GOPHER (kiri) dan Ran Barkai memeriksa tapak penemuan gigi manusia di sebuah gua di tengah Israel, kelmarin.

Penemuan pakar arkeologi Israel ubah teori evolusi

BAITULMAQDIS: Pakar arkeologi Israel semalam berkata, pihaknya menemui bukti bahawa manusia moden wujud lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini, sekali gus mengucar kacirkan teori asal usul manusia.
Satu pasukan penyelidik dari Universiti Tel Aviv yang membuat kajian di dalam sebuah gua di tengah Israel menemui gigi berusia 4000,000 tahun yang menyerupai gigi manusia moden yang digelar oleh saintis Homo Sapien.
Bukti kewujudan terawal Homo Sapien sebelum ini berusia separuh daripada usia itu.

“Ia adalah penemuan yang menarik,” kata pakar arkeologi Avi Gopher. Pasukannya memeriksa gigi itu dengan sinaran X dan pengimbas CT, seterusnya menganggar usianya berdasarkan lapisan tanah di mana gigi itu ditemui.

Beliau menjelaskan kajian seterusnya perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan kesimpulan yang dibuat. Jika usia itu terbukti betul, beliau berkata: “Ia mengubah teori evolusi sekarang.”

Teori sains yang diterima sekarang ialah manusia moden menetap di Afrika 700,000 tahun lalu. Sekumpulan manusia moden itu berpindah ke Eropah dan berkembang menjadi Neanderthal yang kemudian pupus, manakala sekumpulan lagi kekal di Afrika dan berkembang menjadi Homo Sapien. 
Gopher berkata, jika gigi ditemui itu dibuktikan adalah daripada Homo Sapien ini bermakna manusia moden berasal dari Israel.

Sir Paul Mellars, seorang pakar kajian purba dari Universiti Cambridge, berkata kajian Israel itu boleh diyakini, tetapi gigi yang ditemui masih belum dibuktikan daripada seorang manusia moden.

“Ia mungkin dari Neanderthal,” katanya.

Gopher berkata, pihaknya yakin dapat menemui tengkorak dan tulang manusia di dalam gua purba itu.

Gua Qesem itu ditemui pada 2000 dan kerja menggali bermula pada 2004. Gopher bersama rakan penyelidiknya, Ran Barkai dan Israel Hershkowitz menerbitkan kajian mereka itu di dalam American Journal of Physical Anthropology. – 


sumber : berita harian

Bom Nuklear Dalam Masa Setahun

TOKYO: Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, William Perry berkata Korea Utara mampu menghasilkan satu membuat bom nuklear dalam masa setahun dan mahu Washington mengadakan perbincangan peringkat tertinggi bagi menangani isu itu.

Dalam satu temubual yang diterbitkan hari ini, Perry yang pernah berkhidmat dengan Presiden Bill Clinton, memberitahu akhbar harian Nikkei bahawa kerajaan Amerika perlu mengkaji semula dasarnya mengenai Korea Utara dan melaksanakan sekatan ekonom bagi memberi tekanan terhadap program nuklear Pyongyang.
Dalam masa sama, katanya Washington perlu mengadakan dasar yang selaras dengan Seoul dan Tokyo sebelum menghantar wakil khas bagi berbincang dengan Pyongyang.
Perry mengesyorkan, bekas Setiausaha Negara, Madeleine Albright dan bekas Senator Sam Nunn dan seorang pakar nuklear dan senjata menjadi calon untuk mengadakan rundingan dengan Korea Utara.

"Jika Korea Utara bercadang menggunakan semua kekayaan sumber uranium dan kemudahan pembuatan nuklear, mereka mampu keluarkan satu bom nuklear setiap tahun," katanya.

Perry berkata, beliau diberikan taklimat mengenai perkara itu oleh seorang saintis Amerika, Siegfried Hecker, yang baru-baru ini berpeluang melihat sendiri loji pengeluaran baru uranium Korea Utara di Kompleks Yongbyon.

Loji itu dibangunkan untuk mengeluarkan tenaga bagi reaktor awam dan bukannya untuk kegunaan pembuatan bom. - AF

sumber : berita harian

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)


Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Want to know how to live a stress free balance lifestyle? Thanks to Nestle, take the profile test to a journey of self-discovery towards improvement. Discover a few simple truths and build towards a healthier and balanced lifestyle. Take the Wellness Profiler to find out if you’re an Advocate, an Investor, a Manager or a Hopeful and gain valuable insights to your approach on nutrition and health. Here’s to the start of a new year, and to a healthier you!

Sorotan 2010 Dunia Artis

Rentetan peristiwa suka duka hias dada akhbar 

SEGALA yang tertulis tidak mampu dipadamkan lagi, malah akan kekal dalam ruang ingatan selama hayat dikandung badan.
Pahit atau sebaliknya, semua pengalaman itu mendewasakan seseorang insan seni yang menerima kekhilafan dan kelemahan sebagai titik tolak yang mematangkan perjalanan hidup.
Biar seluruh semesta mentertawakan kesilapan itu kerana tiada siapa akan pernah tahu, nikmat kemanisan yang dijanjikan kepada mereka yang kuat menempuh cabaran. Barangkali 2010 membawa perkhabaran kurang enak, mungkin juga merobek hati namun 2011 pasti menemukan sesuatu yang manis untuk dikenang. 

Berikut antara rentetan peristiwa yang pernah menjadi topik hangat di dada akhbar sepanjang 2010. 

Duka perpisahan: 


  • SEKIAN lama cuba menyembunyikan keretakan rumah tangga yang dibinanya selama 10 tahun bersama Kamal Roslim, Ramlah Ram akur ketentuan Tuhan apabila ia menemui titik akhir pada 20 Mei lalu. 
    Kamal melafazkan talak satu kepada Ramlah di Mahkamah Syariah Shah Alam, sekali gus mengakhiri tanda tanya mengenai status penyanyi Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) itu. 

    Ramlah dan Kamal yang bertugas sebagai penerbit di Bahagian Sukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bernikah pada 3 November 2000 di Masjid Kesang, Muar, Johor. 

  • APAKAH benar kerana badi program Sehati Berdansa, satu persatu pasangan yang menyertai rancangan realiti itu mengambil keputusan untuk berpisah? 

    Berita perceraian pelakon, Anne Ngasri yang bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan antara insiden paling menggemparkan sepanjang 2010. 
    Ketika perceraian itu diputuskan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Anne sedang hamil lima bulan anak ketiga mereka. 

    Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan tiga lafaz cerai diucapkan Abdul Wafi, 29, di tempat dan masa berlainan terhadap Anne atau nama sebenarnya, Anne Ngasri, 26, sebagai sah dengan talak satu bagi setiap lafaz. 

    Anne yang ditemui di luar mahkamah kelihatan tenang dan berkata: “Saya sudah bersedia. Saya sudah tahu apa yang terjadi dan saya percaya masih ada hikmahnya.” 

  • EPISOD tegang rumah tangga pelakon, Badrul Muhayat dan Julia Daud berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat mengesahkan mereka bercerai talak satu pada 22 September lalu. 

    Babak hitam rumah tangga mereka bermula apabila Badrul Muhayat bertindak kejam dengan sanggup mengasari isterinya dan merampas wang jaminan mahkamah RM2,500 sebelum melarikan diri pada pertengahan Julai lalu. 

    Kejadian itu membuatkan Julia terkilan dan menutup pintu hatinya serta tidak memaafkan Badrul yang sebelum itu berjanji akan berubah. 

    Julia seterusnya membuat laporan polis sebelum nekad membuat tuntutan cerai kerana sudah tidak tahan menempuh kehidupan bersama pelakon terbabit sejak empat tahun mereka berkahwin. 

    Sensasi dan diperkatakan 

  • Aktor dan pengacara, Rosyam Nor panas punggung dan tertekan apabila e-mel layang yang mengatakan dirinya sebagai penipu beberapa ahli yang bernaung di bawah jenama Rosyam Nor Group (RNG). 

    Rosyam berkata, tuduhan itu terlalu berat untuk diterimanya sepanjang 25 tahun bergelar artis malah turut mengguris perasaan keluarganya. 

    Ekoran laporan itu, kepercayaan ahli yang menceburi perniagaan menjual produk kesihatan, Power Impian itu merosot dan bisnesnya terjejas teruk. 

    “Sejak laporan itu dibuat, perniagaan saya terjejas teruk. Saya tidak bodoh melakukan perkara ini dan pembabitan saya dalam perniagaan ini adalah cara membalas sokongan peminat dengan membantu menerusi perniagaan bersama,” katanya pada sidang media khas, 25 Jun lalu. 

    Rosyam menegaskan Power Impian mendapat lesen perniagaan pada 8 Januari lalu dan menjalankan operasi sejak 13 April lalu. 

    Katanya lagi , dia turut melabur RM300,000 untuk menjalankan perniagaan itu termasuk membeli iklan serta mempunyai pejabat sendiri. 

  • DATUK AC Mizal juga melalui getir ujian apabila AC Konsortium yang memperkembangkan perniagaan dengan menawarkan pinjaman melalui koperasi sah menjadi mangsa fitnah hingga mencalar nama baiknya. 

    AC Mizal, 39, turut membuat laporan polis pada 8 November lalu selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa laman blog dipercayai dilakukan pesaing dalam perniagaan bagi memusnahkan perniagaannya. 

    Terdapat lima laman web yang dikaitkan memburuk-burukkan nama dan syarikat artis itu yang tersebar melalui Internet sejak Oktober lalu. 

    Selain membuat ugutan kepada AC Mizal, penulis blog berkenaan melemparkan ugutan kepada pekerja serta kakitangan syarikat AC Mizal yang didakwa melakukan penipuan berhubung harga kos dan harga jualan produk syarikatnya. 

    AC Mizal turut dituduh menipu pengguna mengenai testimonial daripada pesakit yang menggunakan produk gelang tangan diedarkan syarikat itu. 

  • PUBLISITI murahan untuk mencipta populariti? Mungkin itu yang bermain di fikiran peminat filem Melayu apabila pelakon baru, Arja Lee mengaku berbogel dalam satu babak filem lakonannya, .... Dalam Botol. 

    Belum pun reda kehangatan pengakuan Arja Lee, penyanyi dan pelakon Zul Handy Black pula mencetuskan kontroversi sama dalam filem seram, Mantra terbitan MIG Productions. Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Zul atau nama sebenarnya Nurzul Suphia'an, 35, dikatakan sanggup berbogel dengan menampakkan seluruh belakang tubuhnya termasuk punggung dengan jelas bagi menjayakan babak Muzir (pelakon utama Mantra) mengamalkan ilmu hitam. 

    Ekoran pengakuan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak bertanggungjawab meneliti adegan bogel yang dilakonkan Arja Lee. 

    Jamil berkata, perlakuan itu tidak boleh diterima kerana ia bercanggah dengan norma masyarakat serta ditegah agama Islam walaupun ia bertujuan menyedarkan masyarakat. 

  • BERSARA atau tidak? Itu antara persoalan yang terus menjadi tanda tanya kepada pemerhati industri hiburan selepas pelakon jelita, Rozita Che Wan mengumumkan mahu meninggalkan dunia lakonan. 

    Selepas empat tahun berlakon dan membintangi puluhan drama dan beberapa filem, ibu tunggal dua cahaya mata itu mengakui tidak mampu lagi berdepan cabaran sebagai insan seni. 

    Pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah itu mengakui sudah muak berhadapan dengan pelbagai kontroversi, malah tidak mampu lagi menerima kejutan setiap kali cerita tidak benar mengenai dirinya terpampang di akhbar. 

    Rozita bagaimanapun, masih dilihat aktif di lokasi penggambaran untuk menyudahkan beberapa lagi drama yang terlebih dulu dipersetujuinya. 

    “Saya terlalu penat dan tidak mampu lagi untuk terus berlakon. Malah saya rasa bersalah kerana sepanjang empat tahun ini, saya tidak punya masa untuk anak dan mungkin tiba masanya buat saya menjadi ibu sepenuh masa dan hanya menjalankan perniagaan sendiri,” kata Rozita mengenai keputusannya itu. 

    Selain selalu dikaitkan dengan hubungan cinta dengan VIP, sejak akhir-akhir ini juga gosip bertiup kencang mengenai hubungan Rozita dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir. Namun, Rozita dengan pantas menepis gosip itu sambil mengatakan dia masih ‘waras’. 

  • SEMUANYA tercetus sebagai luahan rasa tidak puas hati Ammar Alfian Aziz terhadap laporan gosip yang ditulis wartawan mengenai insiden tegang antara dia dengan kekasihnya, pelakon Puteri Sarah Liyana ketika majlis prebiu filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie. 

    Model yang juga pelakon siri Tari Tirana itu dengan penuh emosi menulis kata-kata kesat, malah berbaur ugutan terhadap seluruh wartawan di Malaysia, terutama wartawan hiburan menerusi laman Facebook. 

    Ammar dikatakan tidak puas hati dengan tindakan seorang jurugambar yang mahu mengambil gambarnya di majlis itu selain marah apabila Sarah dilihat beraksi mesra dengan Nabil Raja Lawak sewaktu gambar mereka berdua dirakam bersama. 

    Kekeruhan itu bagaimanapun dijernihkan semula apabila Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengadakan sidang media untuk menemukan wartawan dengan Ammar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12 Mac lalu.






  • KENYATAAN keras pelakon dan pengacara, Wardina Saffiyah yang membidas selebriti Malaysia tidak layak digelar ikon menimbulkan kemarahan ramai artis. 
    Kenyataan itu dikeluarkan Wardina ketika menjadi ahli panel dalam program bual bicara di ruang legar pusat beli belah KB Mall, Kota Bharu, pada Februari lalu. 

    Wardina yang bercakap menerusi pengalamannya sendiri berkata dunia artis dipenuhi dengan keburukan berbanding kebaikan dan banyak bersandarkan kepada keseronokan. 

    Katanya ada kalangan artis menghabiskan masa di kelab malam, mengambil dadah, minum arak dan terdedah kepada pergaulan bebas di luar batasan. 

  • Aktres popular, Umie Aida mengakhiri zaman daranya apabila melangsungkan pernikahan di Kota Suci Makkah pada 14 Mac lalu. 

    Umie atau nama sebenar Umi Khalsum Rahmad Ali bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di hadapan Kaabah, Masjidilharam, rumah ibadat paling agung buat umat Islam dengan sekali lafaz. 

    Pasangan itu dinikahkan jurunikah, Maruwan Zakaria dan diwalikan abangnya, Ahmad Reedzuan. Pada majlis itu, Umie menerima wang mas kahwin sebanyak Saudi Riyal 1,818.18 (kira-kira RM1,663.63) dan sebentuk cincin berlian. 

  • IMPAK kemenangan Syamsul Yusof sebagai Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-23 membangkitkan pergeseran mulut antara anak kesayangan pengarah jutawan, Datuk Yusof Haslam dan pengarah serta pelakon, Farid Kamil. 

    Pergeseran itu bertitik-tolak daripada kenyataan Farid yang mempertikaikan kemenangan Syamsul sebagai Pengarah Terbaik pada malam itu. 

    Syamsul yang kebingungan kerana dikritik tidak pasti mengapa Farid perlu mempersoalkan kemenangannya apabila keputusan sudah termaktub. 

    “Setahu saya, kami memang tiada isu peribadi. Jadi, apabila diberitahu Farid menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap kemenangan saya, sejujurnya perkara itu benar-benar mengelirukan,” katanya. 

    Syamsul turut menyangkal dakwaan mereka mempunyai masalah peribadi ekoran Farid kini menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya, Diana Danielle selepas hubungan mereka putus pada hujung 2008. 

    Diana selepas sekian lama berteka-teki akhirnya membuka mulut dan membuat pengakuan mencintai Farid yang disifatkannya sebagai lelaki yang bijak, sempoi, kuat bekerja dan dedikasi. 

  • BERITA mengenai ‘kehilangan’ juara One In A Million musim kedua, Norayu Damit menimbulkan tanda tanya peminat hiburan tanah air. Apatah lagi ada angin bertiup kencang mengatakan bahawa anak kelahiran Sabah ini sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Perak. 

    Semakin menguatkan lagi bualan kalangan media apabila Norayu yang mesra dipanggil Ayu sukar untuk dihubungi untuk sebarang temu bual atau sesi fotografi. Pihak pengurusannya juga mengakui sukar untuk menghubungi Ayu. 

    Tiba-tiba Ayu muncul semula sambil mengesahkan bahawa memang dia sudah menjadi isteri orang dan kini sudah mempunyai seorang anak. Itu pun kerana dia mahu aktif semula dalam bidang seni yang amat dicintainya iaitu nyanyian. Semoga berjaya Ayu, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. 

    Saman dan mahkamah: 








  • PELAKON dan pengacara, Fahrin Ahmad pada 25 Januari lalu memberi tempoh tujuh hari kepada penyampai radio Suria FM, Linda Onn untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan undang-undang diambil ke atasnya. 


  • Diwakili peguam bela Tengku Naufal Tengku Mansor daripada Tengku Naufal & Co, Fahrin membuat empat tuntutan ke atas penyampai radio yang juga seorang usahawan iaitu membuat permohonan maaf secara jelas, penarikan semula kenyataan secara terbuka yang disiarkan dalam akhbar, aku janji tidak mengulangi kenyataan memburukkan Fahrin Ahmad dan tuntutan kos ganti rugi. 

    Fahrin yang tidak dapat menahan sebak berkata, tindakan saman terhadap bekas kekasihnya itu diambil selepas mengambil kira tindakan Linda yang disifatkan melampau serta dilihat sengaja memalukan dirinya dan keluarga. 

    Selepas mendengar nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Fahrin menangguhkan hasratnya itu namun ruang perdamaian antara mereka hingga ini masih belum menemui titik penyelesaian. 
  • ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!