Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

December 31, 2010

Pecah Panggun

TAHUN 2010 menyaksikan senario filem-filem karya anak tempatan mendapat tempat di hati peminat dan memungut kutipan sehingga berjuta-juta ringgit.
Perkembangan tersebut sekali gus membuktikan filem tempatan semakin mendapat kepercayaan penonton untuk melaburkan duit mereka. Sebanyak 29 buah filem yang ditayangkan sepanjang tahun 2010 berbanding 27 buah filem pada tahun lepas.
Perbezaan ketara dapat dilihat daripada jumlah kutipan kasar kutipan tiket antara tahun 2009 dan 2010. Hanya tiga buah filem yang melepasi angka RM4 juta kutipan tiketnya tahun lalu iaitu Bohsia.....Jangan Pilih Jalan Hitam (RM4.14 juta), Jangan Pandang Belakang Congkak (RM6.09 juta) dan Geng Pengembaraan Bermula (RM6.20 juta).
Berbeza dengan tahun 2010, sebanyak enam buah filem berjaya melepasi kutipan RM4 juta iaituJangan Pandang Belakang Congkak 2 (RM4.23 juta), Lagenda Budak Setan (RM4.28 juta), Evolusi KL Drift 2 (RM5.67 juta) , Adnan Sempit (RM7.66 juta) dan filem yang berjaya memecah rekod kutipan paling tinggi filem tempatan setakat ini adalah filem Ngangkung terbitan MIG Productions Sdn. Bhd. arahan Ismail Bob Hasim yang mengutip RM8.15 juta.
Sebuah lagi filem yang mencapai kutipan tertinggi adalah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid dan terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd yang setakat hari ini telah mengutip RM6 juta sejak ditayangkan pada 9 Disember lalu.

sumber kosmo

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!