Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

December 29, 2010

USM cipta Pesawat Ringan

GEORGETOWN, 29 Dis. - Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) di sini telah mencipta pesawat ringan tanpa pemandu (UAV) untuk kegunaan industri pertanian dan penyelidikan, demikian diumumkan oleh Pengarah Pusat Rekabentuk Mikroelektrik Negara (CEDEC), Dr. Othman Sidek.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Dr. Othman berkata, “Pesawat itu memiliki reka bentuk khas untuk membantu dalam tugas pemantauan di tempat berbahaya seperti kawasan gempa bumi, kawasan banjir dan tsunami selain untuk kegunaan dalam industri pertanian”.

Beliau berkata, UAV yang digunakan oleh pusat-pusat penyelidikan di negara ini sekarang adalah diimport.
Katanya, pesawat ciptaan tempatan itu dikenali sebagai UAV Greeentech 2010 boleh terbang setinggi 300 meter pada kelajuan 55 km/j, mampu bertahan di udara selama 60 minit, dan tidak menggunakan petrol sebagai bahan bakar.
Ia tidak memerlukan kawasan luas untuk dikendalikan dan dengan berat 5kg, ia boleh dilancar dengan tangan.
Beliau berkata, pasukan penyelidik yang diketuai oleh Endri Rachman mengambil masa tiga tahun untuk mencipta UAV berkenaan dengan kos penyelidikan RM200,000. - Bernama

sumber: utusan

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!