Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

September 28, 2011

9/28 Berita Harian: Mutakhir

     
    Berita Harian: Mutakhir    
   
Letupan di Empire Gallery bukan sabotaj: Polis
September 28, 2011 at 5:00 AM
 
SUBANG: Hasil siasatan yang dijalankan polis, Bomba dan Suruhanjaya Tenaga terhadap kejadian letupan di pusat membeli belah Empire Gallery awal pagi tadi mendapati punca kejadian bukan disebabkan unsur sabotaj.
   
   
4 maut akibat tanah runtuh di Thailand
September 28, 2011 at 4:40 AM
 
BANGKOK: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang menghanyutkan rumah di perkampungan utara Thailand, semalam.
   
   
Keputusan ragbi Piala Dunia
September 28, 2011 at 4:21 AM
 
Perlawanan kumpulan C Georgia klk Romania 25-9
   
   
280 pusat jagaan warga tua tidak berdaftar dengan JKM
September 28, 2011 at 4:07 AM
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak 280 pusat jagaan warga tua di seluruh negara tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika ini.
   
   
Tujuh penerbangan haji dari Kuala Terengganu tahun ini
September 28, 2011 at 4:04 AM
 
KUALA TERENGGANU: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) akan membuat tujuh penerbangan haji terus ke Jeddah dan Madinah dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, tahun ini.
   
   
Empat warga Taiwan jadikan Malaysia pusat operasi sindiket penipuan antarabangsa ditahan
September 28, 2011 at 4:02 AM
 
GEORGETOWN: Polis menahan empat warga Taiwan termasuk seorang wanita yang dipercayai mengetuai pusat operasi satu sindiket penipuan antarabangsa dalam satu serbuan, di sini, semalam.
   
   
Polis Pulau Pinang lumpuhkan sindiket penipuan antarabangsa cecah RM2 bilion
September 28, 2011 at 3:49 AM
 
GEORGETOWN: Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan antarabangsa menerusi sistem telefon membabitkan kerugian mencecah RM2 bilion dari kalangan warganegara China, selepas menahan empat dalang warganegara Taiwan dalam tiga serbuan di sekitar sini dan Perlis, kelmarin.
   
   
Ulat tiket mengaku tak bersalah dua pertuduhan miliki dadah
September 28, 2011 at 3:40 AM
 
KUALA LUMPUR: Seorang ulat tiket hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memiliki dadah, Khamis lalu.
   
   
Yingluck miliki aset AS$17 juta
September 28, 2011 at 3:25 AM
 
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mempunyai aset bersih bernilai 541 juta baht (AS$17 juta), jumlah yang jauh jika dibandingkan dengan kekayaan dimiliki abangnya, Takhsin yang hidup dalam buangan.
   
   
19 mangsa banjir di Perlis dipindahkan
September 28, 2011 at 2:10 AM
 
KANGAR: Sebanyak lima keluarga di sini dipindahkan ke pusat pemindahan malam tadi selepas kediaman mereka mula dinaiki air.
   
   
BERSIH 2.0 peroleh kebenaran cabar perintah isytihar ia haram
September 28, 2011 at 12:13 AM
 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa pemandu kumpulan dikenali BERSIH 2.0 hari ini memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar perintah bahawa kumpulan itu adalah sebuah pergerakan haram.
   
   
Kes saman Tajudin terhadap Malaysian Insider selesai luar mahkamah
September 27, 2011 at 11:54 PM
 
KUALA LUMPUR: Kes saman bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli terhadap portal berita The Malaysian Insider kini dalam peringkat akhir sebelum direkodkan selepas bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah.
   
   
Sepasang suami isteri ditemui mati
September 27, 2011 at 11:42 PM
 
GOMBAK: Sepasang suami isteri warga emas yang bekerja sebagai penoreh getah ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala serta tangan di Batu 30 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, kira-kira jam 6 pagi tadi.
   
   
Letupan dipercayai berpunca daripada bocoran gas: Polis
September 27, 2011 at 11:29 PM
 
KUALA LUMPUR: Polis percaya letupan yang berlaku di pusat beli-belah di Empire Gallery di Subang Jaya, awal pagi tadi disyaki berpunca daripada kebocoran gas di bahagian bawah bangunan terbabit.
   
   
300 tetamu hotel dipindahkan akibat letupan di Empire Shopping
September 27, 2011 at 11:26 PM
 
KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 tetamu Hotel Empire turut dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya awal pagi tadi yang dikenalpasti berpunca dari letupan tangki gas.
   
   
Dua mangsa letupan rugi lebih RM100,000
September 27, 2011 at 11:13 PM
 
SUBANG: Dua mangsa warga tempatan kerugian lebih RM100,000 apabila kereta mereka musnah dalam kejadian letupan di pusat membeli belah Empire Gallery awal pagi tadi.
   
   
Polis sahkan kejadian letupan, punca masih disiasat
September 27, 2011 at 10:46 PM
 
SUBANG: Polis sebentar tadi mengesahkan kejadian letupan kuat yang menggegarkan pusat membeli belah Empire Gallery pada jam 3.30 pagi tadi sehingga mencederakan empat individu.
   
   
Persiapan sambut jemaah haji di Madinah sedang rancak
September 27, 2011 at 10:26 PM
 
MADINAH: Segala persiapan untuk menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini berjalan rancak dengan pelbagai langkah diambil bagi menjamin keselesaan sepanjang tempoh mereka menjalankan ibadah di sini.
   
   
Letupan di pusat beli-belah di Subang Jaya, empat cedera
September 27, 2011 at 9:37 PM
 
KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini.
   
   
Ribery, Schweinsteiger ungguli Bayern aibkan City
September 27, 2011 at 8:53 PM
 
MUNICH: Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes memuji kecemerlangan pemain bintangnya, Franck Ribery dan Bastian Schweinsteiger yang disifatkan 'bertaraf dunia' selepas membantu kemenangan 2-0 ke atas Manchester City pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
   
   
Agenda transformasi untuk semai daya tahan negara: PM
September 27, 2011 at 8:41 AM
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata agenda transformasi kerajaan bermatlamat untuk memupuk daya ketahanan dan penyesuaian negara ini daripada kejutan yang tidak dijangkakan dan bukan untuk menebat negara ini dari pelbagai perubahan.
   
   
Pemuda UMNO minta Seksyen 15 AUKU dimansuhkan
September 27, 2011 at 8:37 AM
 
SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.
   
   
Polis Terengganu buru lelaki ancam timbalan pendakwa raya
September 27, 2011 at 8:31 AM
 
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sedang memburu suspek yang mengacukan pistol ke atas seorang Timbalan Pendakwa Raya dalam insiden Ahad lalu di lampu isyarat Jalan Sultan Ismail di sini.
   
   
Waspada sindiket penipuan bungkusan melalui internet
September 27, 2011 at 7:55 AM
 
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan bungkusan yang semakin berleluasa melalui Internet.
   
   
Khir Toyo lakukan terbaik dalam pembelian banglo beliau
September 27, 2011 at 7:34 AM
 
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melakukan yang terbaik dan termampu dalam pembelian sebuah banglo dan dua lot tanah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, di sini pada 2007.
   
   
7 maut selepas perlawanan bola sepak di Maghribi
September 27, 2011 at 6:59 AM
 
RABAT (Maghribi): Agensi berita tempatan, MAP hari ini, melaporkan angka kematian akibat pertempuran hujung minggu lalu selepas perlawanan bola sepak di Barat Sahara meningkat kepada tujuh individu.
   
   
Lebih 240 cedera kereta api bertembung di China
September 27, 2011 at 6:44 AM
 
SHANGHAI: Lebih daripada 240 cedera apabila dua kereta api metro bertembung di Shanghai, hari ini, selepas baru saja sebulan China berdepan dengan kejadian kemalangan kereta api laju yang meragut nyawa.
   
   
Karim Ibrahim tidak setuju pemimpin politik terajui persatuan sukan
September 27, 2011 at 5:56 AM
 
KUALA LUMPUR: Pemimpin politik yang aktif tidak seharusnya campur tangan mahupun terbabit menguruskan mana-mana persatuan sukan di negara ini, kata Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim.
   
   
Pejuang anti Gaddafi kuasai Pelabuhan Sirte
September 27, 2011 at 5:52 AM
 
SIRTE: Tentera di bawah pemerintahan baru Libya dilaporkan berjaya mengawal Pelabuhan Sirte, bandar kelahiran bekas Presiden Muammar selepas berlaku pertempuran hebat sepanjang malam semalam.
   
   
Taufan Nesat ragut 7 nyawa di Filipina
September 27, 2011 at 5:46 AM
 
MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut selepas Taufan Nesat melanda Filipina, hari ini.
   
   
Dua warga Singapura dikhuatiri lemas di perairan Johor
September 27, 2011 at 2:41 AM
 
JOHOR BAHRU: Dua warga Singapura dikhuatiri lemas, selepas bot yang dinaiki mereka ketika keluar memancing karam akibat dilanggar sebuah kapal dekat Pulau Aur di luar perairan Kuala Sedili malam tadi.
   
   
Isu nilai pasaran sebenar rumah Khir Toyo jadi pertikaian
September 27, 2011 at 2:27 AM
 
SHAH ALAM: Isu nilai pasaran sebenar dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, Shah Alam yang dibeli bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terus menjadi topik pertikaian pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
   
   
Polis didakwa pukul orang awam tidak akan dilindungi
September 27, 2011 at 2:15 AM
 
BUKIT KAYU HITAM: Anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.
   
   
AU akui askar pengaman Burundi tembak Noramfaizul
September 27, 2011 at 2:11 AM
 
MOGADISHU: Pasukan pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang bertugas di ibu negara Somalia, Mogadishu, mengakui askarnya secara tidak sengaja menembak mati seorang jurukamera Malaysia awal bulan ini.
   
   
UniMAP kembang penyelidikan Geopolimer
September 27, 2011 at 2:05 AM
 
KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), yang akan mengembangkan kegiatan penyelidikan geopolimer, hari ini menjalin kerjasama penyelidikan berkaitan bahan itu dengan Petra Christian University (PCU), Indonesia.
   
   
Bekas pensyarah bebas hukuman penjara enam tahun
September 27, 2011 at 1:05 AM
 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) daripada hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada 2009.
   
   
Hubungan Malaysia-Thailand sentiasa harmoni: Abu Seman
September 27, 2011 at 12:53 AM
 
BUKIT KAYU HITAM: Hubungan dua-hala Malaysia-Thailand berjalan dengan harmoni dan sebarang isu membabitkan kedua-dua negara diselesaikan dalam semangat kejiranan.
   
   
264 terima Darjah Kebesaran Persekutuan 2011
September 27, 2011 at 12:41 AM
 
PUTRAJAYA: Penasihat Perolehan Kerajaan, Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan, Datuk Zalekha Hassan mengetuai senarai 264 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2011 daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Melawati, di sini hari ini.
   
   
Pencemaran udara paling buruk di bandar Iran, India, Pakistan
September 26, 2011 at 11:42 PM
 
GENEVA: Bandar di Iran, India, Pakistan dan ibu negara Mongolia antara yang terburuk dalam senarai pencemaran udara di seluruh dunia, manakala bandar Amerika Syarikat dan Kanada antara yang terbaik, menurut kaji selidik pertama global oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
   
   
Kanak-kanak lelaki mati lemas tergelincir dalam sungai
September 26, 2011 at 10:51 PM
 
YAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai berdekatan rumahnya di Kampung Sungai Lintang, Ulu Sedaka, di sini petang semalam.
   
   
AS tambah jurulatih tentera ke Afghanistan
September 26, 2011 at 10:26 PM
 
WASHINGTON: Bilangan jurulatih tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan akan meningkat sebanyak 800 orang menjelang Mac depan, peningkatan hampir 25 peratus komitmen AS di negara itu, kata pegawai pemerintah kanan.
   
   
Akaun Twitter USA Today pula digodam
September 26, 2011 at 10:09 PM
 
WASHINGTON: Akaun Twitter USA Today digodam penjenayah siber dalam serangan terbaru terhadap media Amerika Syarikat (AS) oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Script Kiddies’.
   
   
Laman web kerajaan Syria digodam
September 26, 2011 at 10:05 PM
 
BEIRUT: Dua kumpulan aktivis online hari ini mendakwa mereka berjaya menggodam beberapa laman web rasmi Syria dalam taktik terbaru untuk menentang rejim Presiden Bashar Assad.
   
   
100,000 dipindah Taufan Nesat landa Filipina
September 26, 2011 at 9:35 PM
 
MANILA: Taufan kuat melanda timur Filipina dengan pihak berkuasa segera mengarahkan lebih 100,000 penduduk agar berpindah ke kawasan selamat selepas hujan lebat dan angin kencang sehingga 170 kilometer sejam.
   
   
Lubnan tangkap suami isteri perisik Israel
September 26, 2011 at 8:38 PM
 
BEIRUT: Tentera Lubnan menahan pasangan suami isteri di barat daya negara itu selepas disyaki bekerjasama dengan agensi perisikan rahsia Israel, Mossad.
   
   
Menteri Kewangan Russia letak jawatan
September 26, 2011 at 8:25 PM
 
MOSCOW: Menteri Kewangan Russia, Alexei Kudrin meletakkan jawatan hari ini berikutan pertengkarannya dengan Presiden Dmitry Medvedev yang berang dan menuntutnya segera menjelaskan kritikan Kudrin terhadap dasar pemerintahannya.
   
   
Iraq beli 18 jet pejuang F-16
September 26, 2011 at 8:06 PM
 
BAGHDAD: Iraq menandatangani kontrak untuk membeli 18 jet pejuang Lockheed Martin F-16 sebagai langkah memantapkan sistem pertahanan udaranya, kata seorang penasihat kepada Perdana Menteri, Nuri al-Maliki hari ini.
   
   
Libya mahu hapuskan mahkamah keselamatan
September 26, 2011 at 8:00 PM
 
TRIPOLI: Pemerintahan baru Libya merancang untuk memansuhkan mahkamah keselamatan negeri yang digunakan pemerintahan Muammar Gaddafi untuk memenjarakan musuh politiknya.
   
   
Wanita nekad kejar, langgar peragut
September 26, 2011 at 8:35 AM
 
JOHOR BHARU: Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini.
   
   
Tulang, darah, seluar dalam ditemui di ladang: Saksi
September 26, 2011 at 7:46 AM
 
SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa sejumlah barangan termasuk serpihan tulang, kesan darah dan cebisan seluar dalam ditemui di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
   
     
 
This email was sent to ube.semasa@gmail.com.
Delivered by Feed My Inbox
PO Box 682532 Franklin, TN 37068
Create Account
Unsubscribe Here Feed My Inbox
 
     

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!