Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

January 02, 2011

Siaran Luar Konti Hot.FM

KERANCAKAN siaran radio Hot FM dalam menarik perhatian pendengar bagi mempromosi jenama mereka kian hangat. Bermula pertengahan 2010, mereka mula aktif mengadakan siaran luar konti yang membawa Mas Kiran Maskiran Jakiran (Kieran) dan Putri Andreanna Syigim (Anne) sebagai penyampai pertama ketika itu.
Buat pertama kalinya sempena meraikan tahun baru 2011, Hot FM mencari kelainan dengan mengadakan siaran luar konti secara langsung paling lama di Malaysia dan menjadi radio pertama melakukannya.

Namun, sebagai percubaan sebelum ini, ia dilakukan setiap Jumaat selama sebulan di beberapa lokasi termasuk Muzium Negara, AEON Jusco Setiawangsa, Pesta Flora dan Fauna Putrajaya serta R&R Sungai Buloh.
Melihat kejayaan serta maklum balas positif diterima siaran luar ini, Hot FM dengan berbesar hati mengadakan siri jelajah Hot FM Jam Tour 2011 yang akan berlangsung selama sebulan bermula esok, khusus buat peminat setia di samping merapatkan hubungan pendengar.

Menggabungkan tiga penyampai — Kieran, Suraya Borhan dan Mohd Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) daripada segmen Hot FM Jam, mereka akan melayani peminat sepanjang siaran luar dengan aktiviti menarik yang disediakan bersama hadiah wang tunai RM1,500.

Acara bermula dari jam 3 petang hingga 7 malam ini diadakan setiap Isnin hingga Jumaat, manakala pemilihan lokasi kali ini tidak tertumpu di kawasan bandar saja, malah mereka turut mengunjungi beberapa tempat pedalaman yang menjadi tumpuan ramai seperti Pekan Rabu, Feri Terminal Kuala Perlis dan juga stesen kereta api Kluang, Johor.
Beberapa aktiviti diatur, termasuk permainan tradisional seperti gasing dan congkak, lumba makan epal, ‘limbo rock’, karaoke, ‘treasure hunt’ mini dan ‘giant puzzle’.

Selain itu, pengunjung bertuah berpeluang beramah mesra bersama Kieran, Suraya dan Ikhwan dalam acara jom makan-makan di lokasi terpilih.
Pendengar Hot FM juga boleh mengunjungi laman web sosial Hot FM seperti Facebook dan Twitter untuk status terkini lokasi serta foto dan video menarik berlaku sepanjang Hot FM Jam Tour 2011.

Menurut Pengurus Besar Rangkaian Program, Rangkaian Radio Media Prima, Anida Mohd Tahrim, pihaknya berasa sangat teruja untuk bersiaran secara langsung di depan pendengar, apatah lagi ia diadakan setiap hari dan dikendalikan oleh penyampai Hot FM Jam. Sejak bergabung November lalu, ini kali pertama Kieran, Suraya dan Ikhwan keluar sebagai satu pasukan.

“Mereka tidak sabar-sabar untuk ke lokasi dan bertemu pendengar yang selama ini menyokong Hot FM. Perancangan rapi disusun dan diharap semua berjalan lancar. Acara ini juga boleh disifatkan sebagai langkah prelude sempena sambutan ulang tahun kelima kami.

“Secara keseluruhan, mereka akan bersiaran luar selama 80 jam sepanjang 20 hari itu,” katanya.

Menariknya, siaran luar kali ini adalah penggunaan teknologi baru iaitu 3G. Lazimnya siaran luar seumpama ini hanya menggunakan talian ISDN, di mana jangkauan rangkaian sangat terhad berbanding 3G yang jauh lebih jelas dan luas kawasan liputannya.

Hot FM juga stesen radio pertama menggunakan teknologi seumpama itu di Malaysia. Selain mampu menjangkau kawasan liputan luas, tapak lokasi kelihatan kemas tanpa ada wayar berselirat daripada suis utama.

Antara lokasi yang terbabit kali ini ialah Jeti Terminal Feri Kuala Perlis, Village Mall Sungai Petani, AEON Jusco Seberang Jaya, Pulau Pinang; Arena Square, Kuala Kangsar, Perak serta beberapa kawasan di Pantai Timur seperti Kota Bharu Trade Centre Mall, Kelantan; Mydin Mall Kuala Terengganu; Centre Point Kemaman, Terengganu; East Coast Mall, Kuantan dan Esplanade, Temerloh, Pahang.

HEADING: 80 jam 20 hari INTROTEKS: Siaran luar Hot FM bermula esok di seluruh negara Oleh SYANTY OCTAVIA AMRY soctavia@hmetro.com.my KERANCAKAN siaran radio Hot FM dalam menarik perhatian pendengar bagi mempromosi jenama mereka kian hangat. Bermula pertengahan 2010, mereka mula aktif mengadakan siaran luar konti yang membawa Mas Kiran Maskiran Jakiran (Kieran) dan Putri Andreanna Syigim (Anne) sebagai penyampai pertama ketika itu.

Buat pertama kalinya sempena meraikan tahun baru 2011, Hot FM mencari kelainan dengan mengadakan siaran luar konti secara langsung paling lama di Malaysia dan menjadi radio pertama melakukannya.

Namun sebagai percubaan sebelum ini, ia dilakukan setiap Jumaat yang berlangsung selama sebulan dan antara lokasi dipilih ialah Muzium Negara, AEON Jusco Setiawangsa, Pesta Flora dan Fauna Putrajaya serta R&R Sungai Buloh.

Melihat kejayaan serta maklum balas positif diterima siaran luar ini, Hot FM dengan berbesar hati mengadakan siri jelajah Hot FM Jam Tour 2011 yang akan berlangsung selama sebulan bermula esok (3 Januari) khas buat peminat setia di samping merapatkan hubungan pendengar.

Menggabungkan tiga penyampai — Kieran, Suraya Borhan dan Mohd Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) daripada segmen Hot FM Jam, mereka akan melayani peminat sepanjang siaran luar dengan aktiviti menarik yang disediakan bersama hadiah wang tunai RM1,500.

Acara bermula dari jam 3 petang hingga 7 malam ini diadakan setiap Isnin hingga Jumaat, manakala pemilihan lokasi kali ini tidak tertumpu di kawasan bandar saja, malah mereka turut mengunjungi beberapa tempat pedalaman yang menjadi tumpuan ramai seperti Pekan Rabu, Feri Terminal Kuala Perlis dan juga stesen kereta api Kluang, Johor.

Beberapa aktiviti diatur, termasuk permainan tradisional seperti gasing dan congkak, lumba makan epal, ‘limbo rock’, karaoke, mini ‘treasure hunt’ dan ‘giant puzzle’.

Selain itu, pengunjung bertuah berpeluang beramah mesra bersama Kieran, Suraya dan Ikhwan dalam acara jom makan-makan di lokasi terpilih.

Pendengar Hot FM juga boleh mengunjungi laman web sosial Hot FM seperti Facebook dan Twitter untuk status terkini lokasi serta foto dan video menarik berlaku sepanjang Hot FM Jam Tour 2011.

Menurut Pengurus Besar Rangkaian Program, Rangkaian Radio Media Prima, Anida Mohd Tahrim, pihaknya berasa sangat teruja untuk bersiaran secara langsung di depan pendengar, apatah lagi ia diadakan setiap hari dan dikendalikan oleh penyampai Hot FM Jam. Sejak digabungkan November lalu, ini kali pertama Kieran, Suraya dan Ikhwan keluar sebagai satu pasukan.

“Mereka tidak sabar-sabar untuk ke lokasi dan bertemu pendengar yang selama ini menyokong Hot FM. Perancangan rapi disusun dan diharap semua berjalan lancar. Acara ini juga boleh disifatkan sebagai langkah prelude sempena sambutan ulang tahun kelima kami.

“Secara keseluruhan, mereka akan bersiaran luar selama 80 jam sepanjang 20 hari itu,” katanya.

Menariknya, siaran luar kali ini adalah penggunaan teknologi baru iaitu 3G. Lazimnya siaran luar seumpama ini hanya menggunakan talian ISDN, di mana jangkauan rangkaian sangat terhad berbanding 3G yang jauh lebih jelas dan luas kawasan liputannya.

Hot FM juga stesen radio pertama menggunakan teknologi seumpama ini di Malaysia. Selain mampu menjangkau kawasan liputan luas, tapak lokasi kelihatan kemas tanpa ada wayar berselirat daripada suis utama.

Antara lokasi yang terbabit kali ini ialah Jeti Terminal Feri Kuala Perlis, Village Mall Sungai Petani, AEON Jusco Seberang Jaya, Pulau Pinang; Arena Square, Kuala Kangsar, Perak serta beberapa kawasan di Pantai Timur seperti Kota Bharu Trade Centre Mall, Kelantan; Mydin Mall Kuala Terengganu; Centre Point Kemaman, Terengganu; East Coast Mall, Kuantan dan Esplanade, Temerloh, Pahang.

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!