Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

January 03, 2011

Ahli sihir kena bayar cukai

BUCHAREST: Romania meluluskan undang-undang buruhnya yang baru dan secara rasmi mengiktiraf ahli sihir, tukang tilik dan ahli nujum sebagai satu kerjaya mulai semalam, sekali gus bererti mereka yang terbabit perlu membayar cukai pendapatan. 

Tindakan itu bagaimanapun dibantah seorang ahli sihir dikenali sebagai Brata yang memberitahu laman web sebuah stesen televisyen terkenal, Realitate.net, bahawa dia akan melakukan sihir dan memecah-belahkan kerajaan menggunakan lada hitam dan yis.
Langkah yang diambil kerajaan bertujuan membanteras cubaan banyak pihak mengelak daripada membayar cukai ketika Romania dilanda kemerosotan ekonomi. – AP


sumber: berita harian




#hebat dunia skang.......harry potter ada d mane2..

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!