Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

January 03, 2011

Banjir

RANTAU PANJANG: Keadaan banjir di Rantau Panjang bertambah baik pagi ini apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan turun kepada 406 orang daripada 124 keluarga berbanding 494 orang semalam. 

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan berkata, dua pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.
Tiga laluan di Rantau Panjang ditutup kepada kenderaan ringan akibat banjir iaitu Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram di KM10, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di KM11 dan Jalan Banggol Kulim di KM23.
Jurucakap itu berkata, paras air Sungai Golok masih melebihi tahap bahaya 9 meter namun menunjukkan penurunan mendadak iaitu di paras 9.88 meter berbanding 10.13 meter semalam. 

Banjir di negeri ini turut mengakibatkan tujuh sekolah ditutup di daerah Rantau Panjang dan Tumpat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, SK Sri Rantau Panjang 1, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Kay Boon dan SK Lubok Setol di Rantau Panjang serta SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan, kedua-duanya di Tumpat. - BERNAMA 


sumber : berita harian online




#berhati2 time musim banjir....

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!