Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

January 02, 2011

Gunting Rambut Free

PETALING JAYA: Puteri UMNO hari ini melancarkan program "Barber on Wheel" yang memberikan khidmat menggunting dan mendandan rambut percuma kepada masyarakat bandar yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah. 

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata khidmat itu disasarkan kepada penduduk yang menerima bantuan kerajaan dan menetap di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).
"Walaupun mereka penduduk bandar tetapi kehidupan mereka agak susah berbanding segelintir mereka yang hidup di luar bandar.
"Apabila aktiviti ini dijalankan kita lihat ramai yang teruja, mereka yang sebelum ini tidak pernah mendapat perkhidmatan gunting rambut secara rapi. Malah boleh minta ikut fesyen potongan yang mereka mahu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di sini. 

Pada majlis itu seramai 200 kanak-kanak sekitar kawasan Lembah Subang yang akan memulakan sesi persekolahan esok berpeluang mendapat perkhidmatan mengunting rambut secara percuma. 

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Puteri UMNO akan menjelajah ke negeri seperti Johor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang bagi memberikan khidmat berkenaan. 

Mengulas perkara berlainan, beliau berkata Puteri UMNO kini giat memperkemaskan jentera parti sebagai persiapan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 30 Januari. 
"Pergerakan Puteri Johor yang akan dibantu oleh Pergerakan Puteri Labis yang akan mengetuai semua program itu dan kita akan menghantar lebih ramai dari negeri lain bagi membantu jentera pilihan raya kecil itu nanti," katanya. - BERNAMA 


sumber : berita harian

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!