Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

January 03, 2011

Mayat Bayi Baru lahir


SERIAN: Seorang pencuci tandas di Hospital Serian di sini menjumpai mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah tangki simburan tandas kira-kira jam 5.00 petang semalam.
Pekerja terbabit, Masitah Laden berkata bayi tersebut yang beratnya sekitar satu kilogram dan cukup sifatnya dipercayai baru saja dilahirkan berdasarkan kepada keadaan tali pusatnya.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Jemali Umi yang mengesahkan laporan tersebut berkata polis telahpun menghantar mayat bayi terbabit ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
Beliau berkata polis masih menyiasat kes tersebut dan setakat ini belum ada sebarang suspek ditahan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan. — Bernama

sumber borneo post..

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!