Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

January 08, 2011

Buku Autobiograf Julian Assange,







LONDON: Pengasas laman web pembocor maklumat WikiLeaks, Julian Assange, hari ini menandatangani perjanjian menerbitkan buku mengenai kisah peribadinya yang disifatkannya "dokumen berguna untuk generasi hari ini". 

Penerbit yang berpusat di Edinburgh, Canongate Books berkata, pihaknya sudah mendapatkan hak kebenaran bersama dengan penerbit dari Amerika Utara, Alfred A Knopf untuk menerbitkan buku autobiografi Assagne.
Buku itu akan diterbitkan di Britain, April ini.
Assange, yang kini dilepaskan dengan ikat jamin oleh mahkamah Britain atas dakwaan melakukan perkosaan di Sweden. 

Dia mula mendapat perhatian dunia apabila laman webnya, WikiLeaks mendedahkan ribuan kabel rahsia diplomatik Amerika Syarikat. 

Penerbit berkenaan berkata, Assange yang berusia 39 tahun itu akan menggunakan buku itu untuk menulis mengenai falfasah hidupnya. 

Assange pula berkata: “Saya harap buku ini akan menjadi antara buku paling berguna untuk generasi kita. 
“Ia mengenai kisah peribadi dan kerja saya. Saya menerangkan mengenai cabaran global bagaimana untuk memperoleh satu hubungan baru antara rakyat dan kerajaan mereka." 

Assange memberitahu akhbar The Sunday Times bulan lalu bahawa nilai perjanjian menerbitkan autobiografi itu mencecah lebih 1.2 juta Euro atau AS$1.5 juta. 

Beliau berkata, wang itu akan membantunya untuk mempertahankan diri di mahkamah atas tuduhan memperkosa dua wanita di Sweden. - AFP 


sumber berita harian

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!