Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

September 28, 2011

9/28 Berita Harian: Nasional

     
    Berita Harian: Nasional    
   
Polis Johor kecewa, tersinggung
September 27, 2011 at 6:35 PM
 
JOHOR BAHRU: Polis Johor kecewa dan tersinggung dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mempertikaikan tahap keselamatan negeri ini hingga menyifatkannya tidak selamat dikunjungi warga Singapura kerana mereka mudah menjadi mangsa penculikan.
   
   
Golongan muda bantah umur bersara 60 tahun
September 27, 2011 at 6:30 PM
 
KUALA LUMPUR: Kebanyakan golongan muda, termasuk dari sektor swasta dan awam membantah cadangan melanjutkan umur persaraan pekerja swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang.
   
   
CUEPACS yakin kerajaan timbang tuntutan
September 27, 2011 at 6:29 PM
 
GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin 80 peratus daripada tuntutan yang dibuat pihaknya akan mendapat pertimbangan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.
   
   
Syor Pendidikan Islam wajib lulus
September 27, 2011 at 6:28 PM
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk pelajar beragama Islam dalam semua peperiksaan awam dan sijil pengajian tinggi bagi memperkukuh dan memartabatkan pendidikan Islam, sekali gus meletakkan Islam di arus perdana kehidupan.
   
   
'Seksyen 15 AUKU patut dimansuh'
September 27, 2011 at 6:25 PM
 
SHAH ALAM: Pemuda UMNO berharap kerajaan akan memansuhkan Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), sekali gus membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian sepenuhnya.
   
   
KPT tawar biasiswa RM10.9j untuk pelajar antarabangsa
September 27, 2011 at 6:24 PM
 
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan biasiswa bernilai RM10.9 juta kepada 110 pelajar antarabangsa dari 27 negara termasuk Iran, Iraq, Pakistan, Sudan, Palestin, Yaman, Bangladesh, Tanzania, China dan Jepun yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal di peringkat Sarjana, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Pasca-Kedoktoran di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk sesi 2011/2012.
   
   
Syor JPA henti taja luar negara
September 27, 2011 at 6:23 PM
 
KUALA LUMPUR: Seorang pakar ekonomi mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghentikan penawaran biasiswa kepada pelajar negara ini untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di luar negara, termasuk dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.
   
   
Kes pembunuhan Sosilawati Lawiya: Darah, rambut pada kayu kriket
September 27, 2011 at 6:22 PM
 
SHAH ALAM: Setitis darah dan sehelai rambut ditemui pasukan forensik pada kayu kriket di lokasi didakwa tempat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya diikat, dipukul dan diserang di sebuah bilik bangunan setingkat di Ladang Gadong, Banting, pada 30 Ogos 2010.
   
   
Pelaksanaan LINUS beri impak positif
September 27, 2011 at 6:20 PM
 
MEMASUKI tahun kedua pelaksanaannya, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran (KPM) bagi meningkatkan kadar kemahiran membaca dan mengira di kalangan murid tahap satu di sekolah rendah, menampakkan impak yang memberangsangkan.
   
   
Sabah kena kesan Nesat
September 27, 2011 at 6:19 PM
 
KOTA KINABALU: Taufan Nesat yang melanda Filipina sejak kelmarin turut meninggalkan kesan di Sabah apabila beberapa kawasan di ibu negeri ini mengalami hujan lebat dan ribut, sejak awal pagi semalam.
   
   
Polis lebih stres berbanding guru
September 26, 2011 at 6:11 PM
 
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.
   
   
Nik Aziz bidas DAP seperti budak takut hantu
September 26, 2011 at 6:10 PM
 
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan DAP seperti budak-budak kecil takutkan hantu sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
   
   
Dana bantu sekolah vernakular
September 26, 2011 at 6:08 PM
 
KUALA LUMPUR: Institusi pembelajaran terutama sekolah vernakular dan mubaligh, kini berpeluang mendapatkan bantuan kewangan daripada satu lagi sumber tanpa bergantung kepada peruntukan kerajaan untuk membiayai inisiatif pembangunan serta peningkatan mutu pendidikan melalui pelancaran Dana Kebajikan Pendidikan The Community Chest.
   
   
Transformasi majlis agama
September 26, 2011 at 6:06 PM
 
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah sudah tiba masanya majlis agama Islam negeri melaksanakan fasa transformasi secara holistik, komprehensif dan bersepadu bagi memantapkan peranan sebagai barisan depan pengurusan pentadbiran hal-ehwal Islam negara.
   
   
KWSP sokong tambah umur persaraan
September 26, 2011 at 6:04 PM
 
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang.
   
   
3 keldai dadah kena gantung
September 26, 2011 at 6:03 PM
 
GEORGETOWN: Tiga orang termasuk seorang wanita yang mendakwa dijadikan keldai dadah oleh satu sindiket untuk mengedar dadah ke Australia enam tahun lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam atas kesalahan mengedar dadah jenis heroin.
   
   
Peragut cedera dibelasah orang ramai
September 26, 2011 at 6:02 PM
 
JOHOR BAHRU: Cubaan seorang peragut melarikan beg tangan seorang jurujual tidak kesampaian, sebaliknya dia cedera berlumuran darah akibat dibelasah orang ramai yang membantu menahannya selepas dia terjatuh apabila motosikalnya dirempuh mangsa yang mengejar dengan skuter dalam kejadian dekat Taman Pelangi di sini, petang semalam.
   
   
Bayi terapung dalam sungai disangka anak patung
September 26, 2011 at 6:00 PM
 
KUALA LUMPUR: Dua bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui mati dalam keadaan terapung di sungai dalam dua kejadian berasingan di Klang, Selangor dan Sentul di sini, petang semalam.
   
   
Budak balik tadika maut disengat tebuan
September 26, 2011 at 6:00 PM
 
JERTIH: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal ibunya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pengkalan Nyireh di sini, kelmarin.
   
   
Dokumen siasatan hangus balai terbakar
September 26, 2011 at 5:59 PM
 
KUALA LUMPUR: Ratusan dokumen kerajaan, termasuk fail kes siasatan jenayah musnah dalam kebakaran pejabat pembantu pegawai penyiasat, Balai Polis Tun HS Lee di sini, tengah hari, semalam.
   
   
Pendidikan terhadap semua kaum adil: PM
September 25, 2011 at 6:58 PM
 
GEORGETOWN: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan terus bersikap adil dalam bidang pendidikan kepada semua kaum, termasuk masyarakat Cina tanpa mengira fahaman politik demi masa depan generasi baru.
   
   
Prinsip Nik Aziz tak konsisten
September 25, 2011 at 6:24 PM
 
BATU PAHAT: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang sering terlupa apabila membuat kenyataan.
   
   
Tiga pegawai babit kes samun ditukar
September 25, 2011 at 6:22 PM
 
KOTA BHARU: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 15 September lalu, sudah ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sehingga siasatan polis selesai.
   
   
Kerajaan tolak pertikaian Israel
September 25, 2011 at 6:21 PM
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengalu-ngalukan sokongan kuat pengumuman Presiden Mahmoud Abbas Jumaat lalu untuk keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
   
   
Bapa 5 anak rogol gadis OKU
September 25, 2011 at 6:20 PM
 
KUALA TERENGGANU: Seorang bapa lima anak dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang remaja kurang upaya (OKU) di sebuah bangsal kebun limau pada 21 Ogos lalu.
   
   
Lebih 1,000 hadiri malam Puisi Riong
September 25, 2011 at 6:18 PM
 
JOHOR BAHRU: Lebih 1,000 penonton menghadiri Malam Puisi Riong Berita Harian (BH)-Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menggabungkan persembahan penyair dan selebriti terkenal tanah air yang diadakan sempena pesta konvokesyen universiti itu di sini, malam kelmarin.
   
   
Mata pelajaran Sejarah perlu di IPT
September 25, 2011 at 6:17 PM
 
JITRA: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, bertitah mata pelajaran sejarah yang mula diajar pada peringkat sekolah perlu diteruskan ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membentuk generasi Malaysia yang matang dan maju pada masa depan.
   
     
 
This email was sent to ube.semasa@gmail.com.
Delivered by Feed My Inbox
PO Box 682532 Franklin, TN 37068
Create Account
Unsubscribe Here Feed My Inbox
 
     

No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!