Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

January 18, 2011

Isu Payu Dara

KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.
Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.
Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.
Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.
sumber kosmo

January 11, 2011

Fasha Sandha Berbikini

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Fasha Sandha melahirkan rasa kesal atas perbuatannya memakai bikini sehingga gambar dia berpakaian begitu ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia pada 30 Disember lalu tersebar di Internet.
“Ya, memang benar ini gambar saya yang memakai bikini dan kain pario berwarna hijau,” katanya menerusi laman sosial Facebook peminatnya, WE LOVE FASHA SANDHA.
Dalam laman web itu, turut disiarkan satu lagi foto seksi Fasha bersama seorang rakannya yang tidak dapat dipastikan identitinya.
Menurut Fasha, 27, gambar-gambar dia berbikini bersama tiga rakan wanitanya itu telah dimuat naik oleh sahabatnya yang hanya dikenali sebagai Syazwani dalam laman Facebook ketika bercuti di Bali baru-baru ini.
antara pic FS



sumber kosmo n internet
#tak abis2 nga konterversi minah nie ek..ish3..

Blackberry





KUALA LUMPUR: Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan telefon mudah alih pintar Blackberry setakat ini kerana ia tidak menimbulkan masalah kepada keselamatan negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranya ada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.
“Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru, tidak wajar bagi kami membuat keputusan yang tergesa gesa,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di sini, semalam. 

Beliau mengulas laporan bahawa Kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan penggunaan Blackberry di negara itu sekiranya aplikasi pornografi dan arahan untuk mewujudkan pelayan (server) di negara berkenaan tidak dipatuhi dalam tempoh dua minggu. 

Rais berkata, kajian sudah dibuat sebelum ini oleh SKMM dan mendapati bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India sebelum ini. 

Negara-negara itu mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry kerana dikatakan mengancam keselamatan negara mereka. 
Semua telefon mudah alih menggunakan ‘local provider’ tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai pelayan sendiri di negara ia dicipta iaitu Kanada. 

Ditanya sama ada Malaysia akan meminta syarikat telekomunikasi berkenaan mewujudkan pelayan di negara ini, Rais berkata, ia soal komersial dan harus ditimbangkan dalam konteks sama ada syarikat berkenaan menyalahi mana-mana peruntukan mengikut Akta Komunikasi. 

"Setakat ini saya tidak dimaklumkan mengenai perlanggaran itu jadi tak wajar bagi kami mengatakan secara khusus apakah tindakan perlu diambil sedangkan laporan pun tidak ada," katanya. – BERNAMA 


sumber berita harian






TENTUNYA peminat penyanyi remaja Justin Bieber kini tentunya tak sabar-sabar hendak melihat aksi artis kesukaan mereka apabila anak muda yang baru saja berusia 16 tahun itu akan mengadakan konsert sulungnya di negara ini pada 21 April nanti, di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. 

Kalau tak silap Cik Normah, konsert penyanyi dari Ontario, Kanada itu dibawakan ke negara ini oleh TuneTalk dan Fat Boy Records. Tiketnya pun sudah mula dijual, dengan harga RM98, RM188, RM288, RM358 dan RM498.
Anak saudara Cik Normah pun sekarang pastinya sekarang ini mencongak-congak duit dalam simpanan mereka, bagai memastikan konsert penyanyi kegemaran mereka itu tidak terlepas begitu saja. Cik Normah sendiri tak adalah beriya-iya sangat, sebab artis ini bukanlah pujaan Cik Normah. Muda sangat! Budak-budak yang baru hendak mengenal dunia tu lainlah ceritanya.
Bieber yang dikesan bakatnya menerusi laman YouTube memanglah nama cukup popular sekarang ini. Sebut saja namanya, tentu remaja di seluruh dunia mengenalinya. Pendek kata, tak sah kalau peminat muzik tidak mengenali siapa Bieber... Sampai macam tu sekali. 

Album pertama penyanyi ini diterbitkan pada November 2009, manakala bahagian kedua album terbabit dikeluarkan kira-kira empat bulan kemudian. 

Daripada album terbabit, Bieber menguasai carta muzik dunia dengan beberapa lagu termasuk Baby, One Time, Somebody to Love, One Less Lonely Girl, Love Me, Never Let You Go dan Favourite Girl. 

Penyanyi yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 ini juga dicalonkan Artis Baru Terbaik dan Album Vokal Pop Terbaik untuk album My World 2.0 pada Anugerah Grammy ke-53 yang bakal berlangsung pada 13 Februari ini. 


sumber berita harian

January 08, 2011

Buku Autobiograf Julian Assange,







LONDON: Pengasas laman web pembocor maklumat WikiLeaks, Julian Assange, hari ini menandatangani perjanjian menerbitkan buku mengenai kisah peribadinya yang disifatkannya "dokumen berguna untuk generasi hari ini". 

Penerbit yang berpusat di Edinburgh, Canongate Books berkata, pihaknya sudah mendapatkan hak kebenaran bersama dengan penerbit dari Amerika Utara, Alfred A Knopf untuk menerbitkan buku autobiografi Assagne.
Buku itu akan diterbitkan di Britain, April ini.
Assange, yang kini dilepaskan dengan ikat jamin oleh mahkamah Britain atas dakwaan melakukan perkosaan di Sweden. 

Dia mula mendapat perhatian dunia apabila laman webnya, WikiLeaks mendedahkan ribuan kabel rahsia diplomatik Amerika Syarikat. 

Penerbit berkenaan berkata, Assange yang berusia 39 tahun itu akan menggunakan buku itu untuk menulis mengenai falfasah hidupnya. 

Assange pula berkata: “Saya harap buku ini akan menjadi antara buku paling berguna untuk generasi kita. 
“Ia mengenai kisah peribadi dan kerja saya. Saya menerangkan mengenai cabaran global bagaimana untuk memperoleh satu hubungan baru antara rakyat dan kerajaan mereka." 

Assange memberitahu akhbar The Sunday Times bulan lalu bahawa nilai perjanjian menerbitkan autobiografi itu mencecah lebih 1.2 juta Euro atau AS$1.5 juta. 

Beliau berkata, wang itu akan membantunya untuk mempertahankan diri di mahkamah atas tuduhan memperkosa dua wanita di Sweden. - AFP 


sumber berita harian

Dzeko berhijrah ke M.City

MANCHESTER: Manchester City yang sedang memburu kejuraaan Liga Perdana Inggeris hari ini menandatangani perjanjian mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Bosnia Herzegovina, Edin Dzeko daripada kelab Jerman, Wolfsburg. 

Pemain berusia 24 tahun itu dipercayai dibeli dengan nilai 32.5 juta Euro untuk kontrak selama empat setengah tahun serta menyarung jersi nombor 10 City yang masih kosong.
“Ia sudah agak lama saya dikaitkan dengan kelab ini (City) iaitu sejak musim panas lalu lagi, tapi Wolfsburg tidak mahu menjual saya sehinggalah hari ini," kata Dzeko, yang dijangka menampilkan aksi pertama menentang Wolves, minggu depan.
Dzeko menjaringkan 10 gol dalam 17 perlawanan liga musim ini untuk Wolfsburg dan ini bermakna ia pemain kesembilan dibeli pengendali Roberto Mancini yang juga bekas jurulatih Inter Milan sejak bersama City hampir setahun lalu. 

Lahir di Sarajevo, Dzeko memulakan karier bola sepaknya dengan kelab tempatan, FK Zeljeznicar sebelum berhijrah ke kelab Republik Czech, Teplice. 

Dia menjadi penjaring terbanyak pada musim 2006-2007 dengan 13 daripada 30 perlawanan. 

Dia kemudian berpindah ke Wolfsburg pada musim panas 2007 dengan nilai 4 juta Euro dan memulakan aksi cemerlang dengan melakukan lima gol daripada 11 perlawanan. - AFP 


sumber berita harian

Banjir

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan petang ini semakin buruk apabila bandar Rantau Panjang kini terputus hubungan akibat ditenggelami air sedalam satu meter. 

Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, kini mencecah 2,084 individu di seluruh Kelantan berbanding 1,571 pagi tadi.
Kesemua premis perniagaan di bandar Rantau Panjang, iaitu pekan yang bersempadan dengan Bandar Golok, Selatan Thailand dengan hanya dipisahkan Sungai Golok, kini tidak beroperasi selepas digenangi air sejak lewat malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sehingga jam 3 petang tadi, seramai 2,084 mangsa membabitkan 606 keluarga di daerah Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat diarah pindah berikutan kawasan kediaman mereka ditenggelami air. 

“Jumlah pusat pemindahan yang dibuka kini berjumlah 23 berbanding 19 pusat pagi tadi,” katanya. 

Beliau berkata, enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu lima di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat. 

Laluan yang ditutup, katanya ialah di KM3 Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas), KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Pasir Mas), Jalan Pohon Tanjung-Meranti (Pasir Mas), KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas), KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu (Pasir Mas) dan KM9 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti (Tumpat). 
Jurucakap itu berkata, paras Sungai Golok masih bertahan di paras 10.28 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. - BERNAMA 


sumber berita harian
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!