Pages

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

April 17, 2011

Keputusan Pilihanraya Sarawak 2011

KUCHING – Barisan Nasional (BN) membuktikan ia tetap parti pilihan rakyat apabila berjaya memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang berlangsung semalam.

Kemenangan yang membolehkan BN sekali lagi membentuk kerajaan negeri Sarawak itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof di Kuching malam tadi.
Beliau berkata, setakat pukul 9 malam, BN secara rasmi berjaya memperoleh 36 kerusi, DAP 5, PKR (3), Bebas (1) manakala parti-parti lain tiada sebarang kemenangan.
“Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa BN memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan kali ini bagi membentuk kerajaan negeri,’’ katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menyifatkan kejayaan tersebut amat manis.

Kesemua presiden parti yang bertanding termasuk parti pembangkang tempatan di Sarawak menang kecuali Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan yang tewas di tangan calon DAP, Ling Sie Kiong di DUN Piasau dengan perbezaan undi sebanyak 1,590.
Pilihan raya kali ini menyaksikan penglibatan parti terbanyak di Sarawak.
sumber kosmo online


No comments:

Post a Comment

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!